Dasar dan Keselamatan

Apabila menggunakan YouTube, anda menyertai komuniti pengguna dari seluruh dunia. Setiap ciri komuniti yang hebat dan baharu di YouTube memerlukan tahap kepercayaan yang tertentu. Berjuta-juta pengguna menghormati kepercayaan ini dan kami yakin anda seorang yang bertanggungjawab. Cara terbaik untuk membantu mengekalkan YouTube sebagai tempat yang seronok untuk semua orang adalah dengan mengikuti garis panduan ini.

Anda mungkin tidak menyukai semua kandungan yang dipaparkan di YouTube. Jika anda menemui kandungan yang tidak sesuai, gunakan ciri pembenderaan untuk menyerahkan kandungan supaya disemak oleh kakitangan YouTube. Kakitangan kami menyemak kandungan yang dibenderakan dengan teliti 24 jam sehari setiap hari untuk menentukan sama ada kandungan tersebut melanggar Garis Panduan Komuniti kami.

Berikut ialah beberapa peraturan munasabah yang dapat membantu anda mengelakkan masalah. Jangan pandang ringan pada peraturan ini dan patuhinya sepenuh hati. Jangan cuba mencari jalan keluar atau cuba mencari helah untuk mengelakkannya—fahamilah dan cuba hormati tujuan peraturan tersebut dibuat.

Kebogelan dan kandungan seks

YouTube bukan platform untuk kandungan pornografi atau kandungan seksual eksplisit. Jika ini menggambarkan video anda, walaupun cuma video diri anda sendiri, jangan siarkan di YouTube. Selain itu, harap maklum bahawa kami bekerja rapat dengan pasukan penguatkuasaan undang-undang dan kami akan melaporkan eksploitasi kanak-kanak. Ketahui lebih lanjut

Kandungan yang memudaratkan atau berbahaya

Jangan siarkan video yang menggalakkan orang lain untuk melakukan perkara yang boleh menyebabkan mereka mengalami kecederaan parah, terutamanya kanak-kanak. Video yang menunjukkan perbuatan yang memudaratkan atau berbahaya itu boleh dikenakan sekatan umur atau dialih keluar bergantung pada tahap keterukan. Ketahui lebih lanjut

Kandungan berunsur kebencian

Produk kami merupakan platform untuk kebebasan bersuara. Akan tetapi, kami tidak menyokong kandungan yang menggalakkan atau membiarkan keganasan terhadap individu atau kumpulan berdasarkan bangsa atau asal etnik, agama, kecacatan, jantina, umur, kewarganegaraan, status veteran atau orientasi seksual/identiti jantina atau bertujuan untuk menghasut kebencian atas dasar ciri-ciri teras ini. Pertimbangan yang teliti perlu dilakukan, namun jika tujuan utama adalah untuk menyerang kumpulan yang dilindungi, kandungan itu dianggap keterlaluan. Ketahui lebih lanjut

Kandungan ganas atau grafik

Anda sepatutnya tidak menyiarkan kandungan yang ganas atau ngeri yang bertujuan untuk mengejutkan, menimbulkan sensasi atau menghina. Jika anda menyiarkan kandungan grafik dalam konteks berita atau dokumentari, sila berikan maklumat yang mencukupi untuk membantu orang ramai memahami perkara yang sedang berlaku dalam video. Jangan galakkan orang lain untuk melakukan tindakan keganasan yang tertentu. Ketahui lebih lanjut

Gangguan dan pembuli siber

Anda sepatutnya tidak menyiarkan video dan ulasan yang tidak sopan di YouTube. Jika gangguan melampaui batas menjadi serangan berniat jahat, kejadian ini boleh dilaporkan dan siaran akan dialih keluar. Dalam keadaan lain, pengguna mungkin sedikit menjengkelkan atau remeh dan hanya perlu diabaikan. Ketahui lebih lanjut

Spam, metadata mengelirukan dan komplot

Semua orang membenci spam. Jangan buat perihalan, teg, tajuk atau lakaran kecil yang mengelirukan untuk meningkatkan tontonan. Tidak wajar menyiarkan sejumlah kandungan tidak bersasaran, tidak diingini atau berulang-ulang, termasuk ulasan dan mesej peribadi. Ketahui lebih lanjut

Ancaman

Perkara seperti kelakuan menindas, mengugut berterusan, mengugut, mengganggu, menakut-nakutkan, menceroboh privasi, mendedahkan maklumat peribadi orang lain dan menghasut orang lain melakukan tindakan ganas atau untuk melanggar Syarat Penggunaan dipandang amat serius. Sesiapa yang ditangkap melakukan perkara ini mungkin dilarang daripada menggunakan YouTube buat selama-lamanya. Ketahui lebih lanjut

Hak Cipta

Hormati hak cipta. Muat naik video yang anda hasilkan sahaja atau video yang anda mendapat kebenaran penggunaan. Maksudnya, jangan muat naik video yang bukan hasil karya anda sendiri atau gunakan kandungan berhak cipta orang lain dalam video anda, seperti runut muzik, coretan program yang dilindungi hak cipta atau video yang dibuat oleh pengguna lain tanpa mendapatkan keizinan. Lawati Pusat Hak Cipta kami untuk mendapatkan maklumat lanjut. Ketahui lebih lanjut

Privasi

Jika seseorang telah menyiarkan maklumat peribadi anda atau memuat naik video tentang diri anda tanpa kebenaran anda, anda boleh meminta pengeluaran kandungan berdasarkan Garis Panduan Privasi kami. Ketahui lebih lanjut

Penyamaran

Akaun yang dibuat untuk menyamar saluran atau individu lain akan dialih keluar berdasarkan dasar penyamaran kami. Ketahui lebih lanjut

Ancaman kanak-kanak

Ketahui perkara yang perlu dilakukan jika anda menemui kandungan tidak sesuai. Selain itu, harap maklum bahawa kami bekerja rapat dengan pasukan penguatkuasaan undang-undang dan kami akan melaporkan eksploitasi kanak-kanak Ketahui lebih lanjut

Dasar tambahan

Dasar tambahan tentang pelbagai subjek. Ketahui lebih lanjut

Kami mengutamakan keselamatan anda. Ketahui lebih lanjut tentang alat dan sarana YouTube serta dapatkan petua tentang pelbagai topik di bawah.

Keselamatan remaja belasan tahun

Berikut ialah beberapa alat yang berguna dan petua mesra untuk kekal selamat di YouTube. Ketahui lebih lanjut

Mod Sekatan

Tapis kandungan yang mungkin tidak sesuai dan tidak diingini. Ketahui lebih lanjut

Bunuh diri dan mencederakan diri sendiri

Anda tidak keseorangan. Perlukan bantuan? Untuk mendapatkan bantuan 24 jam sehari di AS secara sulit dan percuma, hubungi National Suicide Prevention Lifeline: 1-800-273-8255. Ketahui lebih lanjut

Sarana pendidik

Berikut ialah sesetengah sarana untuk membantu memperkasakan anda dan pelajar anda agar kekal selamat dalam talian. Ketahui lebih lanjut

Sarana ibu/bapa

Alat dan sarana untuk membantu anda mengurus pengalaman keluarga anda di YouTube. Ketahui lebih lanjut

Sarana tambahan

Lagi maklumat dan sarana membantu untuk pengguna YouTube. Ketahui lebih lanjut

Tetapan privasi dan keselamatan

Akses pantas kepada tetapan privasi dan keselamatan. Ketahui lebih lanjut

Dasar undang-undang

Maklumat tentang dasar alih keluar undang-undang kami dan cara mengemukakan aduan. Ketahui lebih lanjut

Ketahui cara melaporkan kandungan di YouTube dan cara kami menguatkuasakan Garis Panduan Komuniti kami.

Laporkan video

Masa yang sesuai, sebab dan cara membenderakan kandungan. Ketahui lebih lanjut

Laporkan pengguna tidak sopan

Failkan laporan di sini. Ketahui lebih lanjut

Laporkan aduan undang-undang

Failkan laporan di sini. Ketahui lebih lanjut

Laporkan pelanggaran privasi

Maklumi kami jika video atau ulasan di tapak melanggar privasi atau jaminan keselamatan anda. Ketahui lebih lanjut

Pilihan pelaporan lain

Pembenderaan video tidak menjelaskan isu anda dengan tepat. Ketahui lebih lanjut

Sekatan Umur

Kadangkala, terdapat video yang tidak melanggar garis panduan kami tetapi mungkin tidak sesuai untuk semua orang, jadi video tersebut akan dikenakan sekatan umur. Ketahui lebih lanjut

Bantahan Garis Panduan Komuniti

Ketahui lebih lanjut tentang dasar tersebut. Ketahui lebih lanjut

Penamatan akaun

Pelanggaran serius atau berulang terhadap Garis Panduan Komuniti boleh menyebabkan penamatan akaun. Ketahui lebih lanjut

Rayuan bantahan video

Perkara yang perlu dilakukan jika anda menerima bantahan. Ketahui lebih lanjut