Dasar Data
Dasar ini menerangkan maklumat yang kami proses untuk menyokong Facebook, Instagram, Messenger dan produk serta ciri-ciri lain yang ditawarkan oleh Facebook (Produk Facebook atau Produk). Anda boleh menjumpai peralatan dan maklumat tambahan dalam Tetapan Facebook dan Tetapan Instagram.Apakah jenis maklumat yang kami kumpulkan?
Untuk menyediakan Produk Facebook, kami perlu memproses maklumat tentang anda. Jenis maklumat yang kami kumpul bergantung kepada cara anda menggunakan Produk kami. Anda boleh mempelajari cara mengakses dan memadamkan maklumat yang kami kumpul dengan mengunjungi Tetapan Facebook dan Tetapan Instagram.Perkara yang anda dan orang lain lakukan dan sediakan.
- Maklumat dan kandungan yang anda sediakan. Kami mengumpulkan kandungan, komunikasi dan maklumat lain yang anda sediakan apabila anda menggunakan Produk kami, termasuk apabila anda mendaftar untuk sesuatu akaun, mencipta atau berkongsi kandungan, dan mesej atau berkomunikasi dengan orang lain. Ini boleh termasuk maklumat dalam atau tentang kandungan yang anda sediakan (misalnya metadata), seperti lokasi sesuatu foto atau tarikh sesuatu fail telah dicipta. Ini juga boleh termasuk perkara yang anda lihat melalui ciri-ciri yang kami sediakan, seperti kamera kami, agar kami boleh membuat perkara seperti mencadangkan topeng dan penapis yang anda mungkin sukai, atau memberikan anda petua untuk menggunakan ciri potret. Sistem kami secara automatik memproses kandungan dan komunikasi yang anda dan orang lain bekalkan untuk menganalisis konteks dan perkara yang terkandung dalam maklumat tersebut bagi tujuan-tujuan yang diterangkan di bawah. Ketahui lebih lanjut tentang cara anda boleh mengawal sesiapa sahaja yang boleh melihat perkara yang anda kongsikan.
- Data dengan perlindungan khas: Anda boleh memilih untuk menyediakan maklumat dalam medan profil Facebook anda atau Peristiwa Kehidupan anda yang berkaitan dengan pandangan agama, pandangan politik, orang yang “menarik minat” anda atau kesihatan anda. Maklumat ini dan maklumat lain (seperti asal usul bangsa, kepercayaan falsafah atau keahlian kesatuan sekerja) mungkin tertakluk kepada perlindungan khas di bawah undang-undang negara Kesatuan Eropah.
- Rangkaian dan sambungan. Kami mengumpulkan maklumat tentang orang, Halaman, akaun, hashtag dan kumpulan yang dihubung oleh anda dan cara anda berinteraksi dengan mereka merentasi Produk kami, seperti orang yang paling banyak berkomunikasi dengan anda dan kumpulan yang anda sertai. Kami juga mengumpul maklumat hubungan jika anda memilih untuk memuat naik, menyegerakkan atau mengimport maklumat tersebut daripada sesuatu peranti (seperti buku alamat atau log panggilan atau sejarah log SMS), yang kami gunakan untuk perkara seperti membantu anda dan orang lain mencari orang yang anda mungkin kenal dan untuk tujuan-tujuan lain yang disenaraikan di bawah.
- Penggunaan anda. Kami mengumpul maklumat tentang cara anda menggunakan Produk kami, seperti jenis kandungan yang anda lihat atau bertindak balas terhadap; ciri-ciri yang anda gunakan; tindakan yang anda ambil; orang atau akaun yang berinteraksi dengan anda; dan masa, kekerapan dan jangka masa aktiviti anda. Misalnya, kami mencatatkan masa anda menggunakan dan kali terakhir anda menggunakan Produk kami, dan jenis siaran, video dan kandungan lain yang anda lihat pada Produk kami. Kami juga mengumpulkan maklumat tentang cara anda menggunakan ciri-ciri kami seperti kamera.
- Maklumat tentang transaksi yang dibuat pada Produk kami. Jika anda menggunakan Produk kami untuk pembelian atau transaksi kewangan lain (seperti apabila anda membuat pembelian dalam permainan atau membuat sumbangan), kami mengumpulkan maklumat tentang pembelian atau transaksi tersebut. Ini termasuk maklumat pembayaran, seperti nombor kad kredit atau kad debit dan maklumat kad lain; maklumat akaun dan pengesahan yang lain dan butiran pengebilan, penghantaran dan maklumat hubungan anda.
- Perkara yang orang lain lakukan dan maklumat yang mereka berikan tentang anda. Kami juga menerima dan menganalisis kandungan, komunikasi dan maklumat yang diberikan oleh orang lain apabila mereka menggunakan Produk kami. Ini boleh termasuk maklumat tentang anda, seperti apabila orang lain berkongsi atau memberikan komen pada gambar anda, menghantar mesej kepada anda, atau memuat naik, menyegerak atau mengimport maklumat hubungan anda.
Maklumat Peranti
Seperti yang diterangkan di bawah, kami mengumpulkan maklumat daripada dan tentang komputer, telefon, TV yang disambungkan dan peranti-peranti sambungan web yang anda gunakan yang disepadukan dengan Produk kami, dan kami menggabungkan maklumat ini merentasi pelbagai peranti berbeza yang anda gunakan. Misalnya, kami menggunakan maklumat yang telah dikumpulkan tentang penggunaan Produk kami oleh anda pada telefon anda untuk memperibadikan kandungan (termasuk iklan) atau ciri-ciri yang anda lihat apabila anda menggunakan Produk kami pada peranti lain, seperti komputer riba atau tablet, atau untuk menyukat sama ada anda mengambil tindakan sebagai tindak balas terhadap iklan yang kami tunjukkan pada telefon anda pada peranti yang berbeza. Maklumat yang kami perolehi daripada peranti-peranti ini termasuk:
- Ciri-ciri peranti: maklumat seperti sistem pengendalian, versi perkakasan dan perisian, paras bateri, kekuatan isyarat, ruang simpanan yang tersedia, jenis pelayar, nama dan jenis apl dan fail, serta plugin.
- Pengendalian Peranti: maklumat tentang pengendalian dan kelakuan yang dilakukan pada peranti, seperti sama ada tetingkap berada di latar depan atau di latar belakang, atau pergerakan tetikus (yang boleh membantu membezakan manusia daripada robot).
- Pengenal pasti: pengenal pasti unik, ID peranti dan pengenal pasti lain, seperti daripada permainan, aplikasi atau akaun yang anda gunakan dan ID Peranti Keluarga (atau pengenal pasti lain yang unik kepada Produk Syarikat Facebook yang berkaitan dengan peranti atau akaun yang sama).
- Isyarat peranti: Isyarat bluetooth, dan maklumat tentang titik akses Wi-Fi, bikon dan menara isyarat mudah alih yang berdekatan.
- Data daripada tetapan peranti: maklumat yang anda benarkan kami terima melalui tetapan peranti yang anda aktifkan, seperti akses kepada lokasi GPS, kamera atau foto anda.
- Rangkaian dan sambungan: maklumat seperti nama pengendali peralatan mudah alih anda atau ISP, bahasa, zon waktu, nombor telefon mudah alih, alamat IP, kelajuan sambungan dan, dalam sesetengah keadaan, maklumat tentang peranti lain yang berdekatan atau dalam rangkaian anda, agar kami boleh membantu anda menstrim video dari telefon anda ke TV anda.
- Data kuki: data daripada kuki yang disimpan di peranti anda, termasuk ID dan tetapan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menggunakan kuki dalam Dasar Kuki Facebook dan Dasar Kuki Instagram.
Maklumat daripada rakan kongsi.
Pengiklan, pembangun dan penerbit apl boleh menghantar maklumat kepada kami melalui Alatan Facebook Business yang mereka gunakan, termasuk plugin kami (seperti butang Suka), Log Masuk Facebook, API dan SDK kami, atau piksel Facebook. Rakan-rakan kongsi ini memberikan maklumat tentang aktiviti anda di luar Facebook—termasuk maklumat tentang peranti anda, laman web yang anda kunjungi, pembelian anda, iklan yang anda lihat, dan cara anda menggunakan perkhidmatan mereka—sama ada anda mempunyai akaun Facebook atau tidak, atau sama ada anda log masuk ke Facebook atau tidak. Misalnya, pembangun permainan boleh menggunakan API kami untuk memberitahu kami jenis permainan yang anda main, atau suatu perniagaan boleh memberitahu kami tentang pembelian yang anda buat di kedainya. Kami juga menerima maklumat tentang tindakan dan pembelian dalam talian serta luar talian anda daripada pembekal data pihak ketiga yang mempunyai hak untuk memberikan maklumat anda kepada kami. Rakan kongsi menerima data anda apabila anda melawat atau menggunakan perkhidmatan mereka atau melalui pihak ketiga yang bekerja dengan mereka. Kami menghendaki setiap rakan kongsi ini mempunyai hak undang-undang untuk mengumpul, menggunakan dan berkongsi data anda dengan kami sebelum menyediakan apa-apa data kepada kami. Ketahui lebih lanjut tentang jenis rakan kongsi yang menyediakan data kepada kami.
Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menggunakan kuki berhubung Alatan Facebook Perniagaan, mengkaji semula Dasar Kuki Facebook dan Dasar Kuki Instagram.
Bagaimanakah kami menggunakan maklumat ini?
Kami menggunakan maklumat yang kami ada (tertakluk kepada pilihan yang anda buat) seperti yang diterangkan di bawah dan untuk menyediakan dan menyokong Produk Facebook dan perkhidmatan yang berkaitan, seperti yang diterangkan dalam Terma Facebook dan Terma Instagram. Begini caranya:Menyediakan, memperibadikan dan menambah baik Produk kami.
Kami menggunakan maklumat yang kami ada untuk menyampaikan Produk kami, termasuk untuk memperibadikan ciri-ciri dan kandungan (termasuk Suapan Berita, Suapan Instagram, Instagram Stories dan iklan anda) dan membuat cadangan untuk anda (seperti kumpulan atau acara yang menarik minat anda atau topik yang anda mungkin ingin ikuti) di dalam dan di luar Produk kami. Untuk menghasilkan Produk yang diperibadikan yang unik dan relevan kepada anda, kami menggunakan sambungan, pilihan utama, minat dan aktiviti anda berdasarkan data yang kami kumpul dan pelajari daripada anda dan orang lain (termasuk apa-apa data dengan perlindungan khas yang anda pilih untuk sediakan dengan memberikan kebenaran yang nyata); cara anda menggunakan dan berinteraksi dengan Produk kami; dan orang, tempat atau perkara yang berhubung kait dengan anda dan menarik minat anda di dalam dan di luar Produk kami. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menggunakan maklumat tentang anda untuk memperibadikan pengalaman Facebook dan Instagram anda, termasuk ciri-ciri, kandungan dan pengesyoran dalam Produk Facebook, anda juga boleh mengetahui cara kami memilih iklan yang anda lihat. - Maklumat merentasi Produk dan peranti Facebook: Kami menghubungkan maklumat tentang aktiviti anda di Produk dan peranti Facebook yang berbeza untuk memberikan pengalaman yang lebih khusus dan konsisten pada semua Produk Facebook yang anda gunakan, di mana sahaja anda menggunakannya. Misalnya, kami boleh mencadangkan agar anda menjadi ahli satu kumpulan di Facebook yang terdiri daripada orang yang anda ikuti di Instagram atau hubungi dengan menggunakan Messenger. Kami juga boleh menjadikan pengalaman anda lebih lancar, misalnya, dengan mengisi maklumat pendaftaran anda secara automatik (seperti nombor telefon anda) daripada satu Produk Facebook apabila anda mendaftar untuk akaun pada Produk yang berbeza.
- Maklumat berkaitan lokasi: Kami menggunakan maklumat berkaitan lokasi seperti lokasi semasa anda, tempat tinggal anda, tempat-tempat yang anda suka kunjungi, serta perniagaan dan orang berdekatan anda untuk menyediakan, memperibadikan dan memperbaiki Produk kami, termasuk iklan, untuk anda dan orang lain. Maklumat berkaitan lokasi boleh berdasarkan pada perkara seperti lokasi peranti yang tepat (jika anda telah membenarkan kami mengumpul maklumat tersebut), alamat IP, dan maklumat daripada penggunaan Produk Facebook oleh anda dan orang lain (seperti daftar masuk atau acara yang anda hadiri).
- Penyelidikan dan pembangunan Produk: Kami menggunakan maklumat yang kami ada untuk membangunkan, menguji dan memperbaiki Produk kami, termasuk dengan menjalani tinjauan dan penyelidikan, serta menguji dan menyelesaikan masalah produk dan ciri-ciri baharu.
- Pengecaman muka: Sekiranya anda mengaktifkannya, kami menggunakan teknologi pengecaman muka untuk mengecam anda dalam gambar, video dan pengalaman kamera. Templat pengecaman muka yang kami cipta adalah data dengan perlindungan khas di bawah undang-undang EU. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menggunakan teknologi pengecaman muka atau kawal penggunaan kami terhadap teknologi ini di Tetapan Facebook. Jika kami memperkenalkan teknologi pengecaman muka kepada pengalaman Instagram anda, kami akan memaklumkan kepada anda terlebih dahulu, dan anda boleh mengawal sama ada kami menggunakan teknologi ini untuk anda.
- Iklan dan kandungan tajaan yang lain: Kami menggunakan maklumat yang kami ada tentang anda, termasuk maklumat tentang minat, tindakan dan hubungan anda, untuk memilih dan memperibadikan iklan, tawaran dan kandungan tajaan lain yang kami tunjukkan kepada anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami memilih dan memperibadikan iklan, dan pilihan anda terhadap jenis data yang kami gunakan untuk memilih iklan dan kandungan tajaan yang lain untuk anda di Tetapan Facebook dan Tetapan Instagram.
Menyediakan pengukuran, analisis dan perkhidmatan perniagaan yang lain.
Kami menggunakan maklumat yang kami ada (termasuk aktiviti anda di luar Produk kami, seperti laman web yang anda kunjungi dan iklan yang anda lihat) untuk membantu pengiklan dan rakan kongsi lain mengukur keberkesanan dan pengedaran iklan dan perkhidmatan mereka dan memahami jenis orang yang menggunakan perkhidmatan mereka serta cara orang berinteraksi dengan laman web, aplikasi dan perkhidmatan mereka. Ketahui cara kami berkongsi maklumat dengan rakan-rakan kongsi ini. Menggalakkan keselamatan, integriti dan keterjaminan.
Kami menggunakan maklumat yang kami ada untuk mengesahkan akaun dan aktiviti, membanteras tingkah laku yang memudaratkan, mengesan dan mencegah spam dan pengalaman buruk yang lain, mengekalkan integriti Produk kami, dan menggalakkan keselamatan dan keterjaminan di dalam dan di luar Produk Facebook. Misalnya, kami menggunakan data yang kami ada untuk menyiasat aktiviti yang mencurigakan atau pelanggaran terhadap terma atau dasar kami, atau untuk mengesan apabila seseorang memerlukan bantuan. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi Pusat Bantuan Keselamatan Facebook dan Petua Keselamatan Instagram. Berkomunikasi dengan anda.
Kami menggunakan maklumat anda yang kami ada untuk menghantar komunikasi pemasaran, berkomunikasi dengan anda tentang Produk kami, dan memberitahu anda tentang dasar dan terma kami. Kami juga menggunakan maklumat anda untuk membalas anda apabila anda menghubungi kami. Penyelidikan dan inovasi untuk kebaikan sosial.
Kami menggunakan maklumat yang kami ada (termasuk daripada rakan kongsi penyelidikan yang bekerjasama dengan kami) untuk menjalankan dan menyokong penyelidikan dan inovasi tentang topik-topik kebajikan sosial umum, kemajuan teknologi, kepentingan awam, kesihatan dan kesejahteraan. Misalnya, kami menganalisis maklumat yang kami ada tentang corak migrasi semasa krisis untuk menolong usaha bantuan. Ketahui lebih lanjut tentang program penyelidikan kami. Bagaimana maklumat ini dikongsi?
Maklumat anda dikongsi dengan orang lain melalui cara berikut:Berkongsi di Produk Facebook
Orang dan akaun yang anda kongsikan dan berkomunikasi
Apabila anda berkongsi dan berkomunikasi menggunakan Produk kami, anda memilih khalayak yang boleh melihat perkara yang anda kongsikan. Misalnya, apabila anda menyiarkan sesuatu di Facebook, anda memilih khalayak untuk penyiaran tersebut, seperti kumpulan, semua rakan anda, orang awam atau senarai orang yang dikhususkan. Seumpamanya, apabila anda menggunakan Messenger atau Instagram untuk berkomunikasi dengan orang atau perniagaan, orang dan perniagaan tersebut boleh melihat kandungan yang anda hantar. Rangkaian anda juga boleh melihat tindakan yang anda telah ambil di Produk kami, termasuk penglibatan dengan iklan dan kandungan tajaan. Kami juga membenarkan akaun lain melihat orang yang telah melihat Facebook dan Cerita Instagram mereka. Maklumat awam boleh dilihat oleh sesiapa, di dalam atau di luar Produk kami, termasuk jika mereka tidak mempunyai akaun. Ini termasuk nama pengguna Instagram anda; apa-apa maklumat yang anda kongsikan dengan penonton awam; maklumat di dalam profil awam anda di Facebook ; dan kandungan yang anda kongsikan di Halaman Facebook, akaun Instagram awam atau apa-apa forum awam yang lain seperti Facebook Marketplace. Anda, orang lain yang menggunakan Facebook dan Instagram dan kami boleh memberikan akses kepada atau menghantar maklumat awam kepada sesiapa sahaja di dalam atau di luar Produk kami, termasuk di Produk Syarikat Facebook lain, pada hasil carian atau melalui alatan serta API. Maklumat awam juga boleh dilihat, diakses, dikongsi semula atau dimuat turun melalui perkhidmatan pihak ketiga seperti enjin carian, API dan media luar talian seperti TV dan melalui apl, laman sesawang serta perkhidmatan lain yang diintegrasikan dengan produk kami.
Ketahui lebih lanjut tentang jenis maklumat yang awam dan cara untuk mengawal ketampakan anda di Facebook dan Instagram.
Kandungan yang dikongsi atau dikongsi semula oleh orang lain tentang anda
Anda harus mempertimbangkan orang yang anda pilih untuk berkongsi aktiviti anda, kerana orang yang boleh melihat aktiviti anda di Produk kami boleh memilih untuk berkongsi maklumat tersebut dengan orang lain di dalam atau di luar Produk kami, termasuk orang di luar khalayak yang dikongsikan oleh anda. Misalnya, apabila anda berkongsi siaran atau menghantar mesej kepada kawan atau akaun khusus, mereka boleh memuat turun, menangkap skrin, atau berkongsi semula kandungan tersebut kepada orang lain merentasi atau di luar Produk kami, secara bersemuka atau dalam pengalaman realiti maya seperti Ruang Facebook. Di samping itu, apabila anda memberikan komen di siaran orang lain atau memberikan reaksi terhadap kandungan mereka, komen atau reaksi anda boleh dilihat oleh semua orang yang boleh melihat kandungan orang itu, dan orang itu boleh mengubah khalayak kemudian. Orang juga boleh menggunakan Produk kami untuk mencipta dan berkongsi kandungan tentang anda dengan khalayak yang mereka pilih. Misalnya, sesiapa mungkin berkongsi foto anda dalam Cerita, menyebut atau mengetag anda di lokasi dalam suatu siaran, atau berkongsi maklumat tentang anda dalam siaran atau mesej mereka. Jika anda berasa tidak selesa dengan perkara yang orang lain telah kongsikan tentang anda di Produk kami, anda boleh mengetahui cara melaporkan kandungan tersebut.
Maklumat tentang status aktif atau kehadiran anda di Produk kami.
Orang di rangkaian anda boleh melihat isyarat yang memberitahu mereka sama ada anda aktif di Produk kami, termasuk sama ada anda sedang aktif pada masa ini di Instagram, Messenger atau Facebook, atau bila kali terakhir anda menggunakan Produk kami. Apl, laman web dan penyepaduan pihak ketiga pada atau dengan menggunakan Produk kami.
Apabila anda memilih untuk menggunakan apl pihak ketiga, laman web, atau perkhidmatan lain yang menggunakan, atau disepadukan dengan Produk kami, mereka boleh menerima maklumat tentang perkara yang anda siarkan atau kongsikan. Misalnya, apabila anda bermain permainan dengan rakan Facebook anda atau menggunakan Komen Facebook atau butang Kongsi di laman web, pembangun permainan atau laman web mungkin mendapatkan maklumat tentang aktiviti anda dalam permainan atau menerima komen atau pautan yang anda kongsikan daripada laman web tersebut di Facebook. Di samping itu, apabila anda memuat turun atau menggunakan perkhidmatan pihak ketiga yang sedemikian, mereka boleh mengakses profil awam anda di Facebook, dan apa-apa maklumat yang anda kongsikan dengan mereka. Apl dan laman web yang anda gunakan boleh menerima senarai rakan Facebook anda jika anda memilih untuk berkongsi maklumat tersebut dengan mereka. Tetapi apl dan laman web yang anda gunakan tidak akan dapat menerima apa-apa maklumat lain tentang rakan Facebook anda daripada anda, atau maklumat tentang mana-mana pengikut Instagram anda (walaupun rakan dan pengikut anda boleh, tentu saja, memilih untuk berkongsi maklumat itu sendiri). Maklumat yang dikumpul oleh perkhidmatan pihak ketiga ini adalah tertakluk kepada terma dan dasar mereka sendiri, bukan terma dan dasar ini. Peranti dan sistem pengendalian yang menyediakan versi asli Facebook dan Instagram (iaitu versi aplikasi yang kami tidak bangunkan sendiri) akan mempunyai akses kepada semua maklumat yang anda pilih untuk dikongsikan, termasuk maklumat yang dikongsi oleh rakan anda dengan anda, supaya mereka dapat menyediakan fungsi teras kami.
Nota: Kami sedang dalam proses untuk menyekat akses data oleh pembangun secara lebih lanjut dengan tujuan untuk membantu mencegah penyalahgunaan. Sebagai contoh, kami akan memadam akses pemaju ke data Facebook dan Instagram anda jika anda tidak menggunakan apl mereka dalam tempoh 3 bulan dan kami sedang mengubah Log Masuk, supaya dalam versi seterusnya, kami akan mengurangkan data yang boleh diminta oleh apl tanpa ulasan apl untuk memasukkan hanya nama, nama pengguna dan biografi Instagram, foto profil dan alamat e-mel. Meminta apa-apa data yang lain akan memerlukan kelulusan kami.
Pemilik baharu.
Jika pemilikan atau kawalan kesemua atau sebahagian daripada Produk kami atau aset mereka berubah, kami boleh memindahkan maklumat anda kepada pemilik baharu. Perkongsian Dengan Rakan Kongsi Pihak Ketiga
Kami bekerjasama dengan rakan kongsi pihak ketiga yang membantu kami menyediakan dan menambahbaik Produk kami atau orang yang menggunakan Alatan Facebook Business untuk mengembangkan perniagaan mereka, yang membolehkan kami untuk mengendali syarikat kami dan menyediakan perkhidmatan percuma kepada orang ramai di seluruh dunia. Kami tidak menjual apa-apa maklumat anda kepada sesiapa sahaja, dan kami tidak akan melakukannya. Kami juga mengenakan sekatan ketat tentang cara rakan kongsi kami boleh menggunakan dan mendedahkan data yang kami berikan. Berikut adalah jenis-jenis pihak ketiga yang kami kongsikan maklumat anda dengan mereka: Rakan kongsi yang menggunakan perkhidmatan analisis kami.
Kami menyediakan statistik agregat dan kesimpulan yang membantu orang dan perniagaan memahami cara orang bertindak balas dengan siaran mereka, senarai, Halaman, video dan kandungan lain di dalam dan di luar Produk Facebook. Misalnya, pentadbir Halaman dan profil perniagaan Instagram menerima maklumat tentang bilangan orang atau akaun yang telah melihat, memberikan reaksi kepada, atau memberikan komen pada siaran mereka, serta demografi agregat dan maklumat lain yang membantu mereka memahami interaksi dengan Halaman atau akaun mereka. Pengiklan.
Kami memberikan pengiklan laporan tentang jenis orang yang melihat iklan mereka dan prestasi iklan mereka, tetapi kami tidak berkongsi maklumat yang boleh mengecam anda secara peribadi (maklumat seperti nama atau alamat e-mel anda yang secara berasingan boleh digunakan untuk menghubungi anda atau mengenal pasti identiti anda) kecuali anda memberikan kami kebenaran. Misalnya, kami memberikan maklumat demografi dan minat umum kepada pengiklan (misalnya, bahawa suatu iklan dilihat oleh seorang wanita yang berumur antara 25 dan 34 tahun yang tinggal di Madrid dan suka kejuruteraan perisian) untuk membantu mereka memahami khalayak mereka dengan lebih baik. Kami juga mengesahkan sesuatu iklan Facebook yang menyebabkan anda membuat pembelian atau apabila anda bertindak balas dengan suatu pengiklan. Rakan kongsi ukuran.
Kami berkongsi maklumat tentang anda dengan syarikat-syarikat yang mengagregatkannya untuk memberikan laporan analisis dan ukuran kepada rakan kongsi kami. Rakan kongsi yang menawarkan barangan dan perkhidmatan di Produk kami.
Apabila anda melanggan untuk menerima kandungan premium, atau membeli sesuatu daripada penjual di Produk kami, pencipta kandungan atau penjual boleh menerima maklumat awam anda dan maklumat lain yang anda kongsikan dengan mereka, serta maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan transaksi, termasuk butiran penghantaran dan hubungan. Penjual dan pembekal perkhidmatan.
Kami memberikan maklumat dan kandungan kepada penjual dan pembekal perkhidmatan yang menyokong perniagaan kami, seperti dengan memberikan perkhidmatan infrastruktur teknikal, menganalisis cara Produk kami digunakan, menyediakan perkhidmatan pelanggan, memudahkan pembayaran dan menjalankan tinjauan. Penyelidik dan ahli akademik.
Kami juga memberikan maklumat dan kandungan kepada rakan kongsi penyelidikan dan ahli akademik untuk menjalankan penyelidikan yang memajukan ilmiah dan inovasi yang menyokong perniagaan atau misi kami, dan meningkatkan penemuan dan inovasi terhadap topik kebajikan sosial umum, kemajuan teknologi, kepentingan awam, kesihatan dan kesejahteraan. Penguatkuasaan undang-undang atau permintaan guaman.
Kami berkongsi maklumat dengan penguatkuasaan undang-undang atau membalas permintaan guaman dalam keadaan yang diterangkan di bawah. Bagaimanakah Syarikat-syarikat Facebook bekerjasama?
Facebook dan Instagram berkongsi infrastruktur, sistem dan teknologi dengan Syarikat-syarikat Facebook lain (yang termasuk WhatsApp dan Oculus) untuk memberikan pengalaman yang inovatif, relevan, konsisten dan selamat merentasi semua Produk Syarikat Facebook yang anda gunakan. Kami juga memproses maklumat tentang anda merentasi Syarikat-syarikat Facebook bagi tujuan-tujuan ini, seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan dan menurut terma dan dasar mereka. Misalnya, kami memproses maklumat daripada WhatsApp tentang akaun yang menghantar spam di perkhidmatannya agar kami boleh mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap akaun-akaun tersebut di Facebook, Instagram atau Messenger. Kami juga berusaha untuk memahami cara orang menggunakan dan berinteraksi dengan Produk Syarikat Facebook, seperti memahami bilangan pengguna yang unik di Produk Syarikat Facebook yang berbeza.Apakah asas undang-undang kami bagi pemprosesan data?
Kami mengumpul, menggunakan dan berkongsi data yang kami ada dalam cara-cara yang diterangkan di atas:- jika perlu untuk memenuhi Terma Perkhidmatan Facebook atau Terma Penggunaan Instagram kami;
- konsisten dengan kebenaran anda, yang anda boleh tarik balik pada bila-bila masa melalui Tetapan Facebook dan Tetapan Instagram;
- jika perlu untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami;
- untuk melindungi kepentingan anda, atau kepentingan orang lain;
- jika perlu demi kepentingan awam; dan
- jika perlu bagi kepentingan sah kami (atau orang lain), termasuk kepentingan kami untuk menyediakan perkhidmatan yang inovatif, diperibadikan, selamat dan menguntungkan kepada pengguna dan rakan kongsi kami, kecuali kepentingan itu diatasi oleh kepentingan anda atau hak asasi dan kebebasan anda yang memerlukan perlindungan data peribadi.
Ketahui lebih lanjut tentang asas undang-undang ini dan cara undang-undang ini berkaitan dengan cara-cara kami memproses data.
Bagaimanakah anda boleh menggunakan hak anda yang diberikan di bawah GDPR?
Di bawah Peraturan Perlindungan Data Am, anda berhak mengakses, membetulkan, memindah dan memadamkan data anda. Ketahui lebih lanjut tentang hak ini, dan ketahui cara anda boleh menggunakan hak anda di Tetapan Facebook dan Tetapan Instagram. Anda juga mempunyai hak untuk membantah dan menyekat sesetengah pemprosesan data anda. Ini termasuk:- hak untuk membantah pemprosesan kami terhadap data anda untuk pemasaran langsung, yang anda boleh gunakan dengan menggunakan pautan “hentikan langganan” di komunikasi pemasaran sedemikian; dan
- hak untuk membantah pemprosesan kami terhadap data anda apabila kami menjalankan tugasan demi kepentingan awam atau mencapai kepentingan sah kami atau kepentingan pihak ketiga. Anda boleh menggunakan hak ini di Facebook dan di Instagram.
Penyimpanan data, penyahaktifan dan pemadaman akaun
Kami menyimpan data sehingga tidak diperlukan lagi untuk menyediakan perkhidmatan dan Produk Facebook kami, atau sehingga akaun anda dipadamkan - mana-mana yang terdahulu. Ini ditentukan mengikut setiap kes yang bergantung kepada beberapa perkara seperti jenis data tersebut, kenapa ia dikumpul dan diproses, dan keperluan undang-undang atau operasi penyimpanan yang relevan. Misalnya, apabila anda mencari sesuatu di Facebook, anda boleh mengakses dan memadamkan pencarian tersebut di dalam sejarah pencarian anda pada bila-bila masa, tetapi log pencarian tersebut akan dipadamkan selepas 6 bulan. Jika anda mengemukakan salinan ID yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi tujuan pengesahan akaun, kami akan memadamkan salinan tersebut 30 hari selepas ia dikemukakan. Ketahui lebih lanjut tentang pemadaman kandungan yang anda telah kongsikan dan data kuki yang diperoleh melalui plugin sosial.Apabila anda memadamkan akaun anda, kami akan memadamkan perkara yang anda telah siarkan, seperti foto dan kemas kini status anda, dan anda tidak akan dapat memulihkan semula maklumat itu kelak. Maklumat yang orang lain telah kongsikan tentang anda bukan sebahagian daripada akaun anda dan tidak akan dipadamkan. Jika anda tidak ingin memadamkan akaun anda tetapi ingin berhenti menggunakan Produk buat sementara, anda boleh menyahaktifkan akaun anda. Untuk memadamkan akaun anda pada bila-bila masa, sila kunjungi Tetapan Facebook dan Tetapan Instagram.
Bagaimanakah kami membalas permintaan guaman atau mencegah kemudaratan?
Kami mengakses, menyimpan dan berkongsi maklumat anda dengan pengawal selia, penguatkuasa undang-undang atau pihak lain:- Sebagai maklum balas terhadap permintaan undang-undang, jika kami dengan suci hati percaya bahawa undang-undang mengehendaki kami berbuat demikian. Kami juga boleh memberi maklum balas terhadap permintaan undang-undang apabila kami dengan suci hati percaya bahawa maklum balas tersebut dikehendaki oleh undang-undang dalam bidang kuasa tersebut, menjejaskan pengguna dalam bidang kuasa tersebut dan seiring dengan piawaian yang diiktiraf secara antarabangsa.
- Apabila kami percaya dengan suci hati adalah perlu untuk: mengesan, mencegah dan menangani pemalsuan, penggunaan Produk tanpa kebenaran, pelanggaran terma atau dasar kami, atau aktiviti lain yang memudaratkan dan haram; untuk melindungi diri kami (termasuk hak, harta atau Produk kami), anda atau orang lain, termasuk sebagai sebahagian daripada siasatan atau soal siasat kawal selia; atau untuk mencegah kematian atau kecederaan fizikal yang pasti. Misalnya, jika relevan, kami bertukar maklumat dengan rakan kongsi pihak ketiga tentang kebolehharapan akaun anda untuk mencegah pemalsuan, penyalahgunaan dan aktiviti memudaratkan yang lain di dalam dan di luar Produk kami.
Maklumat yang kami terima tentang anda (termasuk data transaksi kewangan berkaitan dengan pembelian yang dibuat melalui Facebook) boleh diakses dan dikekalkan untuk tempoh yang lebih panjang apabila ia menjadi subjek permintaan atau tanggungjawab undang-undang, penyiasatan kerajaan, atau penyiasatan terhadap kemungkinan pelanggaran terma atau dasar kami, atau sebaliknya untuk mengelakkan kemudaratan. Kami juga menyimpan maklumat daripada akaun yang dimatikan kerana pelanggaran terma kami untuk sekurang-kurangnya satu tahun untuk mengelakkan penyalahgunaan yang berulang atau pelanggaran terma lain.
Bagaimanakah kami mengendalikan dan memindah data sebagai sebahagian daripada perkhidmatan global kami?
Kami berkongsi maklumat secara global, kedua-dua secara dalaman dalam Syarikat Facebook dan secara luaran dengan rakan kongsi kami serta dengan orang yang bersambung dan berkongsi dengan anda di serata dunia selaras dengan dasar ini. Maklumat yang dikawal oleh Facebook Ireland akan dipindah atau dipancarkan ke, atau disimpan dan diproses di, Amerika Syarikat atau negara lain di luar tempat anda bermastautin bagi tujuan yang diterangkan dalam dasar ini. Pemindahan data ini diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan yang dinyatakan dalam Terma Facebook dan Terma Instagram dan mengendalikan dan menyediakan Produk kami secara global kepada anda. Kami menggunakan klausa kontrak piawai yang diluluskan oleh Suruhanjaya Eropah dan bergantung kepada keputusan kecukupan Suruhanjaya Eropah tentang negara-negara tertentu, jika berkenaan, untuk pemindahan data dari EEA ke Amerika Syarikat dan negara lain.Bagaimanakah kami akan memberitahu anda tentang perubahan dasar ini?
Kami akan memaklumkan anda sebelum kami membuat perubahan kepada dasar ini dan memberikan anda peluang untuk menyemak dasar yang telah dikaji semula sebelum anda memilih untuk meneruskan penggunaan Produk kami.Cara untuk menghubungi Facebook dengan soalan
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang cara privasi berfungsi di Facebook dan di Instagram. Jika anda mempunyai soalan tentang dasar ini, anda boleh menghubungi kami seperti yang diterangkan di bawah. Kami boleh menyelesaikan pertikaian anda dengan kami berkaitan dengan dasar dan amalan privasi kami melalui TrustArc. Anda boleh menghubungi TrustArc melalui laman web mereka.Hubungi Kami
Pengawal data yang bertanggungjawab ke atas maklumat anda ialah Facebook Ireland, yang anda bolehhubungi dalam talian, atau melalui mel di:
Hubungi Pegawai Perlindungan Data bagi Facebook Ireland Ltd.
Anda juga berhak membuat aduan dengan pihak berkuasa penyeliaan utama Facebook Ireland, iaitu Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland atau pihak berkuasa penyeliaan tempatan anda.
Facebook Ireland Ltd.
4 Grand Canal Square
Grand Canal Harbour
Dublin 2 Ireland
4 Grand Canal Square
Grand Canal Harbour
Dublin 2 Ireland
Hubungi Pegawai Perlindungan Data bagi Facebook Ireland Ltd.
Anda juga berhak membuat aduan dengan pihak berkuasa penyeliaan utama Facebook Ireland, iaitu Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland atau pihak berkuasa penyeliaan tempatan anda.
Tarikh Semakan Terakhir: 19 April 2018